Projek yang nk dishare hari ni Crochet Mermaid tail. Mermaid tail ni untuk baby photoshoot. Special order dari my cousin. Yarn yang digunakan kali ni Alize cotton gold, menggunakan Clover hook saiz 3.5mm. Tak pernah lagi try crochet pattern crocodile stitch ni. Ini merupakan percubaan pertama, Alhamdulillah cantik kejadiannyer. Ni pattern diagram untuk crocodile stitch, lebih senang guna diagram pattern berbanding yang ditulis. Pattern ni diambil dari Pintrest Kena pandai-pandai olah pattern tu untuk hasilkan ekor mermaid. Ini rupa stitch secara dekat dan benang yang digunakan juga kurang berbulu. Ini lah hasilnye mermaid tail, shell bra dan headband, ambik masa dalam 3 minggu untuk siapkan order ni.
Semantara menunggu yarn dari Turkey tiba, aku start satu projek baru... Yarn yg aku tunggu ni untuk buat cardigan, order dari kak Siti.... Lacy cardigan ni aku buat utk diri sendiri... Benang yang aku gunakan ialah benang brand Kartopu jenis Gonca 100% arkilik memang lembut yarn ni.... Ini plak circular needle brand ADDi aku beli online kat Da'knit saja nk try needle ni... Selalu aku guna KnitPro... Needle ni lebih ringan dan mata nye tak brapa tajam... Bila dah pakai ni mulalah berangan nak beli yang satu set... Yang macam ni... Gambar ni aku ambik dari www.addineedleshop.com Kalau ada duit terlebih nnt boleh la beli... (⌒▽⌒) Projek baru needle pun baru... Heheh Mula-mula guna needle ni agak kesat dan agak slow aku knit... Dah lama2 lama sedap plak guna needle ni... Kejap dah jadi panjang... (^_^) Rasanye 2 buku benang cukup untuk buat cardigan ni ... Panjang benang ni dalam 300++ meter... cukup untuk buat cardigan utk org dewasa... Ni pattern lace yg aku guna nama dia Little and...
Kali ni nak share knitted long cardigan.. Cardigan ni guna pattern basic raglan cardigan, tak plan pun nak buat long cardigan ni. sebab terbeli Lion Brand Mandala yarn dari spotlight Malaysia. Hari tu ada sale, harga sebenar rm37, sale RM22.20 dah masih lasi sale kalau ada VIP membership Ni rupa Mandala yarn, panjang 540 meter, 100% acrylic, 8 ply, kat benang ni suggest guna 4mm tapi bila dah knit nampak tak cantik, dia nampak loose jadi tak puas hati. kita tukar guna knitting neddle 3.5mm. Knit benang ni best guna Addi needle sebb mata dia blunt, dan laju bila kita knit...knit sambil tak tgk pun selamat tak de yarn drop..hehe Ni hasilnyer, knit Baju ni agak lama sebab banyak kali stop, bila free baru sambung. Lebih kurang 3, 4 bulan baru siap, kira ni macam side project, bila free baru buat.Ini side depan Baju ni, plan mula-mula nak buat hoodie , tapi macam malas nk sambung so kita tukar ribbing je dibahagian leher. Ini pulak bahagian belakang, cantik kejadian cardigan ni. Cardigan ni...
Ulasan
Catat Ulasan