Projek yang nk dishare hari ni Crochet Mermaid tail. Mermaid tail ni untuk baby photoshoot. Special order dari my cousin. Yarn yang digunakan kali ni Alize cotton gold, menggunakan Clover hook saiz 3.5mm. Tak pernah lagi try crochet pattern crocodile stitch ni. Ini merupakan percubaan pertama, Alhamdulillah cantik kejadiannyer. Ni pattern diagram untuk crocodile stitch, lebih senang guna diagram pattern berbanding yang ditulis. Pattern ni diambil dari Pintrest Kena pandai-pandai olah pattern tu untuk hasilkan ekor mermaid. Ini rupa stitch secara dekat dan benang yang digunakan juga kurang berbulu. Ini lah hasilnye mermaid tail, shell bra dan headband, ambik masa dalam 3 minggu untuk siapkan order ni.
Kali ni nak try knitting needle dari Lazada terbang dari China. Harga dia dalam RM20 termasuk postage sangat lah murah ada 11 pieces 120cm panjang cable. Lebih kurang dalam seminggu barang sampai. Dulu start belaja knitting guna needle ni memang agak susah. Tapi sekarang bila dah mahir guna jarum apa pun senang. Ni percubaa mengenit sock guna needle dari China sangat best laju je bila knit guna teknik magic loop pun tak de masalah sebeb cable dia banjang 120cm.
New collection Pergola cardigan Pattern ni download dari Raverly, dah lama rasanyer simpan pattern ni baru sekarang ada masa nak try.. Benang ni beli di Spotlight My Town Marvel 8ply...knitting needle saiz 4.5mm addi needle Pattern ni aku ubah sikit bahagian tepi...aku buat semua bahagian badan pattern lace... Bahagian lengan pulak memang tak de lace so kalo nk pakai cardigan ni tak payah nk pakai inner... Ini hasilnyer... knit dalam masa 3 minggu...hasilnyer sangat memuaskan....lace pattern nyer pun cantik... warna dia lari sikit... Ini bahagian belakang... Lepas ni kita knit cardigan lain pulak... πΏπ
hihihi... sooooo cute lah kak Wie :) suka tengok! warnanya pun cantik..
BalasPadamThanks....
BalasPadamNie guna benang kortopu....