Projek yang nk dishare hari ni Crochet Mermaid tail. Mermaid tail ni untuk baby photoshoot. Special order dari my cousin. Yarn yang digunakan kali ni Alize cotton gold, menggunakan Clover hook saiz 3.5mm. Tak pernah lagi try crochet pattern crocodile stitch ni. Ini merupakan percubaan pertama, Alhamdulillah cantik kejadiannyer. Ni pattern diagram untuk crocodile stitch, lebih senang guna diagram pattern berbanding yang ditulis. Pattern ni diambil dari Pintrest Kena pandai-pandai olah pattern tu untuk hasilkan ekor mermaid. Ini rupa stitch secara dekat dan benang yang digunakan juga kurang berbulu. Ini lah hasilnye mermaid tail, shell bra dan headband, ambik masa dalam 3 minggu untuk siapkan order ni.
Kali ni nak share knitted long cardigan.. Cardigan ni guna pattern basic raglan cardigan, tak plan pun nak buat long cardigan ni. sebab terbeli Lion Brand Mandala yarn dari spotlight Malaysia. Hari tu ada sale, harga sebenar rm37, sale RM22.20 dah masih lasi sale kalau ada VIP membership Ni rupa Mandala yarn, panjang 540 meter, 100% acrylic, 8 ply, kat benang ni suggest guna 4mm tapi bila dah knit nampak tak cantik, dia nampak loose jadi tak puas hati. kita tukar guna knitting neddle 3.5mm. Knit benang ni best guna Addi needle sebb mata dia blunt, dan laju bila kita knit...knit sambil tak tgk pun selamat tak de yarn drop..hehe Ni hasilnyer, knit Baju ni agak lama sebab banyak kali stop, bila free baru sambung. Lebih kurang 3, 4 bulan baru siap, kira ni macam side project, bila free baru buat.Ini side depan Baju ni, plan mula-mula nak buat hoodie , tapi macam malas nk sambung so kita tukar ribbing je dibahagian leher. Ini pulak bahagian belakang, cantik kejadian cardigan ni. Cardigan ni
Minggu lepas rasanye aku ada beli benang Summer Rose dari Yarn Paradise... Kaler nye sungguh colourful and i like....heheheh akibat tak tahan tengok kaler benang nie aku pun mulakan projek baru...heheheh Ni hasil nye setelah knit beberapa row..... Aku terjumpa patter diamond kat dalam internet dan try buat kat benang nie hasil nye sungguh memuaskan hati...... cantik... ;)
Ulasan
Catat Ulasan