Projek yang nk dishare hari ni Crochet Mermaid tail. Mermaid tail ni untuk baby photoshoot. Special order dari my cousin. Yarn yang digunakan kali ni Alize cotton gold, menggunakan Clover hook saiz 3.5mm. Tak pernah lagi try crochet pattern crocodile stitch ni. Ini merupakan percubaan pertama, Alhamdulillah cantik kejadiannyer. Ni pattern diagram untuk crocodile stitch, lebih senang guna diagram pattern berbanding yang ditulis. Pattern ni diambil dari Pintrest Kena pandai-pandai olah pattern tu untuk hasilkan ekor mermaid. Ini rupa stitch secara dekat dan benang yang digunakan juga kurang berbulu. Ini lah hasilnye mermaid tail, shell bra dan headband, ambik masa dalam 3 minggu untuk siapkan order ni.
Hari Ini nak share barang yang terbeli di Spotlight Mytown. Setelah hampir setahun berkurung dalam rumah kerana PKP akhirnyer kita semua dah boleh keluar seperti biasa....tapi kena ingat Covid belum hilang sepenuhnyer, nak keluar pegi spotlight ni pun fikir 2 3 kali, nak pergi ke tak mo...heheh Banyak benda baru aku jumpa kat spotlight antaranyer knitpro bamboo circular needle Dan knitpro view sizer, benda ni dh pernah beli dulu tapi dh hilang, bila nampak ada jual kat spotlight terus grab, Addi needle pun ada jugak tapi kebanyakkan cable dia tak panjang, 80cm je. Kalau ada 100cm kan best. Lepas tu aku nampak chunky grand yarn ni harga dia sebijik rm12 murah Sgt sebab sale aku beli 2, plan nk buat rug terpaksa beli knitting needle saiz 25mm, paling besar saiz yg ada kat rumah 12mm, so terpaksa lah beli harga dia dalam rm25 sepasang. Balik dari spotlight aku terus cast on rug ni Co 20 , knit 2 bijik yarn ni siap dalam 1 jam lebih, quick project. Colour yg tinggal Hari tu pun tak b...
New collection Pergola cardigan Pattern ni download dari Raverly, dah lama rasanyer simpan pattern ni baru sekarang ada masa nak try.. Benang ni beli di Spotlight My Town Marvel 8ply...knitting needle saiz 4.5mm addi needle Pattern ni aku ubah sikit bahagian tepi...aku buat semua bahagian badan pattern lace... Bahagian lengan pulak memang tak de lace so kalo nk pakai cardigan ni tak payah nk pakai inner... Ini hasilnyer... knit dalam masa 3 minggu...hasilnyer sangat memuaskan....lace pattern nyer pun cantik... warna dia lari sikit... Ini bahagian belakang... Lepas ni kita knit cardigan lain pulak... πΏπ
Ulasan
Catat Ulasan